Saturday, August 2, 2008

Kelebihan Melabur Dalam Unit Amanah


1. Mengikut kemampuan


Pelaburan permulaan serendah RM500 - RM1,000.

2. Kepelbagaian segera

Dengan modal yang sedikit, pelabur boleh memiliki banyak saham dalam banyak syarikat. Risiko juga dapat dikurangkan kerana kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan yang diperoleh di kaunter lain.

3. Mudah tunai

Pembelian atau penjualan unit amanah boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja.

4. Pengurusan professional yang berterusan

Unit amanah diuruskan oleh kumpulan professional yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja dalam bidang pelaburan. Keputusan pelaburan yang diambil oleh mereka dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri,dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumt yang telah diselidiki.

5. Mengurangkan tekanan

Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat dengan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Pelabur akan menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Lapuran tahunan juga akan di hantar kepada pelabur setiap tahun.

6. Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas

Pelabur individu berpeluang melabur dalam bon kerajaan dan bon korporat yang biasanya terhad kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.



Sumber : SIDC

No comments:

Post a Comment