- Pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan persendirian bermula.
- Semua bakal pengantin beragama Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak jangkitan itu merebak kepada pasangan dan anak-anak.
- Cek tempatan dan luar kawasan boleh dijelaskan pada hari yang sama ke dalam akaun pendeposit berbanding antara lima hingga lapan hari perniagaan sebelum ini.
- Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan.
- Pelarasan gaji dan kadar elaun seberang laut lebih tinggi kepada semua petugas pegawai pada musim haji.
- Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
- Penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan membanteras jenayah.
- Penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan kostabel.
- Kadar tambahan kenaikan gaji sebanyak 20 peratus diberi kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
- Pengguna kenderaan pesendirian kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi menerima diskaun tol 10 peratus.
- Kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun.
Friday, January 2, 2009
Peraturan yang dikuat kuasa mulai 1 Januari 2009
Tips Kewangan Tahun 2009

1. Amalkan sikap menabung
2. Kurangkan penggunaan kad kredit
3. Senaraikan barangan yang hendak di beli
4. Membeli barangan tempatan
5. Jimatkan penggunaan elektrik dan air
6. Menikmati hidangan di rumah
Sumber : Kosmo (Jumaat, 2 Januari 2009)
Read more...
Thursday, January 1, 2009
Happy New Year 2009

For last year's words belong to last year's language
And next year's words await another voice.
And to make an end is to make a beginning.
T.S. Eliot, "Little Gidding"
Read more...
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
"DAN mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".
Surah al-Anfal ayat 74
Read more...
Doa Awal Tahun Hijriyah

Dibaca selepas menyempurnakan solat Maghrib pertama pada awal tahun baru.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatagi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Read more...
