Friday, August 1, 2008

Apakah Pelaburan Unit Amanah?

Unit Amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif yang sama berkongsi dana bagi tujuan pelaburan. Wang yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam sekuriti portfolio tunggal yang diuruskan oleh pengurus dana professional bagi pihak pelabur unit amanah.


Pelabur tidak membeli sekuriti dalam portfolio secara langsung. Pemilikan dana dibahagi kepada unit mengikut jumlah unit yang dibeli oleh para pelabur. Jika nilai dana meningkat atau menyusut, nilai bagi setiap unit akan turut meningkat dan menyusut juga.

Setiap pelabur akan menerima suatu perakuan hak iaitu satu sijil unit amanah. Jumlah unit adalah bergantung kepada harga pada masa atau tarikh melabur dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Pulangan pelaburan biasanya adalah dalam bentuk dividen (distribution atau dividend) dan pertambahan modal (capital appreciation) hasil daripada aset yang terkumpul yang telah menyokong satu-satu skim unit amanah. Tiap-tiap satu unit berhak mendapat pulangan yang sama rata mengikut jumlah dividen dan pertambahan modal atau penyusutan modal dalam satu-satu masa.

Pelabur unit amanah biasanya adalah pelabur kecil yang tiada modal besar untuk melabur di pasaran saham dan juga pelabur yang tidak cenderung melabur di pasaran saham secara terus. Mereka lebih gemar menyimpan wang di bank yang pada anggapan mereka lebih selamat dan terjamin. Unit amanah memberi pendedahan bagaimana mereka boleh melabur dengan selamat dan mudah yang mampu memberi pulangan yang lebih baik dari hanya menyimpan wang di bank.

Bagi pelabur yang inginkan pulangan ke atas sumber pendapatan (hard-earned) yang mereka perolehi, unit amanah adalah peluang bagi mereka mendapatkan pendedahan kepada dunia pelaburan yang dapat memberi mereka pulangan yang mengguntungkan bagi jangka panjang . Menyimpan wang di bank terdedah kepada risiko inflasi di mana ramai yang tidak peka nilai wang yang di simpan di bank akan menyusut dari semasa ke semasa tahun ke tahun.

Dalam apa jua bentuk pelaburan, sudah pasti ada risikonya. Melabur dalam unit amanah juga ada risikonya. Pelabur adalah di galakkan untuk melabur bagi jangkamasa 5 hingga 20 tahun di mana unit amanah selalunya memberi pulangan yang sangat baik. Melabur bagi jangkamasa sederhana ke jangka panjang mampu memanimakan risiko pelaburan dan melabur secara konsistent tanpa mengira pasaran naik atau turun dapat mengurangkan kos pelaburan dan seterusnya dapat mempercepatkan pertumbuhan modal pelaburan.




No comments:

Post a Comment