- Pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan persendirian bermula.
- Semua bakal pengantin beragama Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak jangkitan itu merebak kepada pasangan dan anak-anak.
- Cek tempatan dan luar kawasan boleh dijelaskan pada hari yang sama ke dalam akaun pendeposit berbanding antara lima hingga lapan hari perniagaan sebelum ini.
- Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan.
- Pelarasan gaji dan kadar elaun seberang laut lebih tinggi kepada semua petugas pegawai pada musim haji.
- Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
- Penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan membanteras jenayah.
- Penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan kostabel.
- Kadar tambahan kenaikan gaji sebanyak 20 peratus diberi kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
- Pengguna kenderaan pesendirian kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi menerima diskaun tol 10 peratus.
- Kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun.
Friday, January 2, 2009
Peraturan yang dikuat kuasa mulai 1 Januari 2009
Labels:
Corat-Coret
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment