Tuesday, August 5, 2008

Cukai dan Inflasi : Implikasi kepada Unit Amanah


Implikasi Inflasi terhadap pelaburan unit amanah


Setiap orang yang melabur mendambakan pulangan pelaburan yang setimpal. Pulangan pelaburan mungkin berupa faedah, dividen atau pertambahan nilai modal. Namun, tidak semua pelabur akan mendapat pulangan yang mereka harap-harapkan.

Malah, secara umumnya, ramai pelabur kecil ke sederhana menjadi mangsa kepada fenomena yang di luar jangkaan mereka. Sebelum membuat keputusan untuk melabur, pelabur di nasihatkan supaya mengkaji implikasi pelaburan mereka terhadap inflasi dan cukai. Pelabur perlu tahu bahawa pelaburan mereka akan terhakis oleh implikasi inflasi dan cukai.

Semua orang rasa mereka faham apakah inflasi, tetapi hakikatnya ramai orang tidak sedar akan implikasi inflasi terhadap pulangan pelaburan mereka. Inflasi, pada pendapat ramai hanya bermaksud kenaikan harga. Maksud inflasi sebenarnya adalah lebih daripada itu.

Pelabur perlu mengekalkan kuasa beli bagi pelaburan asal dan pulangan pelaburan agar dapat mengalahkan kadar inflasi. Dalam tempoh inflasi tinggi, kuasa beli wang akan mengurang. Contoh implikasi inflasi :
1. Wang RM100 hari ini tidak memungkinkan kita untuk membeli barangan sama berharga RM100 sepuluh tahun yang lepas.
2. Adakah harga teh tarik dan roti canai 10 tahun yang lepas sama harganya dengan harga kini? 3. Kos pendidikan pada hari ni ialah RM20,000 dan anda perlu menabung bagi pendidikan anak bagi jangkamasa 15 tahun akan datang. Adakah nilai RM20,000 yang anda simpan hari ini nilainya akan bersamaan dengan nilai RM20,000 pada 15 tahun akan datang ? Sudah tentu nilai RM20,000 pada 15 tahun akan datang akan menjadi lebih besar daripada nilai RM20,000 hari ini.



Implikasi cukai terhada unit amanah

Faktor kedua yang pelabur perlu tahu ialah implikasi cukai pelaburan mereka terhadap cukai. Pelabur selalu abaikan implikasi cukai terhadap pelaburan mereka. Penting bagi pelabur untuk mengetahui bahawa di Malaysia, cukai yang di kenakan terhadap pelaburan adalah berbeza mengikut jenis pelaburan.

Unit amanah juga tidak terkecuali daripada cukai. Pelabur akan dikenakan cukai atas pulangan yang di terima. Walaubagaimana pun syarikat unit amanah yang akan membayar cukai tersebut bagi pihak pelabur. Pelabur akan mendapat kredit cukai di mana ianya boleh di gunakan sebagai rebat cukai. Sekiranya terdapat baki setelah di tolak cukai perlu bayar baki tersebut akan di pulangkan oleh LHDN kepada pelabur.

Pulangan yang di peroleh oleh pelabur melalui pemindahan (switching) atau penebusan unit (redemption) di anggap sebagai pulangan modal dan tidak di kenakan cukai. Pelabur yang memilih untuk melabur semula (reinvest) pulangan pelaburan mereka di anggap membeli unit lebih dan unit ini tidak tertakluk kepada cukai.

Melaburlah dalam unit amanah yang dapat membantu pelabur daripada implikasi inflasi dan cukai.

No comments:

Post a Comment